Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Pena Creative Pictures Sdn Bhd

Drama
Malay     0     2013     Malaysia

Overview

A man of mixed Malay-Chinese immigrated after committing many crimes before. Ahmad Ziyad Bin Iskandar Foo or better known as Jebat, was raised by a gangster family after his parents were killed. However, Jebat changed after one incident and met with his brother, Wahab and his brother's employer, Uwais who helped him a lot.

Reviews

amiq01 wrote:
Synopsis of Bukan Kerana Aku Tak Cinta 1×2 Bukan Kerana Aku Tak Cinta mengisahkan seorang lelaki berdarah campuran Melayu-Cina berhijrah selepas melakukan banyak kejahatan sebelum ini. Ahmad Ziyad Jebat, dibesarkan keluarga gengster selepas ibu bapanya mati dibunuh. Bagaimanapun, Jebat berubah selepas satu kejadian dan bertemu pula dengan abangnya, Wahab. Ketika berhijrah, tidak pernah terlintas di hatinya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati menarik hati Mastura iaitu adik ipar majikannya, Uwais. Pelbagai cara dilakukan Mastura untuk menarik perhatiannya sehingga Jebat rimas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak berputus asa. Jebat tidak pernah menyangka gadis cantik, kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang mempunyai parut di bahagian mata. Selepas berkahwin dengan Mastura, satu persatu rahsia Jebat terbongkar. Dapatkah Mastura menerima Jebat selepas mengetahui suaminya dulu bekas gengster, kaki judi, minum arak, kaki perempuan dan segala macam kejahatan pernah dilakukan Jebat? Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta sarat dengan konflik menyentuh perasaan. Kisah seorang cucu Tan Sri yang tergila-gilakan bekas ketua gengster menjadi paparan, bagaimanapun konflik mereka dilihat lebih menarik apabila diterjemahkan. Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan Sharnaaz Ahmad sebagai Ahmad Ziyad Jebat dan Nelydia Senrose (Mastura), Iqram Dinzly (Cif Inspektor Aryan), Tony Eusoff (Tiger), Adlein Sein (Airen), Lisdawati (Hanan), Alex Yanz (Uwais), Azhar Sulaiman (Wahab) dan Datuk Jalaluddin Hassan (Tan Sri Idris). Bukan Kerana Aku Tak Cinta arahan Jamal Khan Drama adaptasi novel karya E-Man Sufi atau nama sebenarnya Hafizah Mohamed itu diterbitkan syarikat produksi, Pena Creative Pictures Sdn Bhd milik produser terkenal, Ziela Jalil Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta akan disiarkan sebanyak 60 episod (satu episod setengtah jam) di Astro Mustika HD (saluran 134), jam 10 malam.

Similar